Sunday, August 10, 2008
Air Dicincang Takkan Putus

Itulah pepatah melayu...
Air dicincang takkan putus...saudara, adik beradik takkan putus saudara walau bagaimanapun dipisahkan.
Ada kerna duit, selisih faham dan lain lain lagi telah membuat saudara mara, adik beradik berpaling muka. Jangan lah kita semua pentingkan diri sendiri demi menginginkan sesuatu yg tidak kekal abadi. Tanpa adik, abang dan kakak kita, siapa lah diri kita ini. Andai ibu bapa sudah tiada lagi...pergi menyahut seruan Illahi...dimanakah tempat untuk kita mengadu nasib? Dimana kita mahu meluahkan rasa sepi dan sengsara?
Ketika kecil, kita pukul, kita sindih, kita marahkan adik beradik kita. Ada kala sampai berdarah, luka, berkudis hingga mempunyai parut yg susah hilang...adakah ini semua akan menghantui dalam diri kita sesuatu hari nanti?
Apakah sepatah kata yg mahu diluahkan terlampau berat dalam hati yg egois ini?
Susahkah sangat untuk mencetuskan perbualan yang mesra?
Entah...aku pun tak tahu...kenapa agaknya?
Pena sakti menari pada
11:17:00 PM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~